Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Dilabel Terima Kifarah Kena Cerai Dengan Safee Sali, Fitria Elfina: “Tak Apalah, Orang Yang Tahu…”

Maliah Surip 26/03/2024 | 10:18 MYT
Pergolakan isu rumah tangga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dengan bekas isteri,, Fitria Elfina berakhir apabila pasangan tersebut sah bercerai.
Fitria, 44, diceraikan dengan talak dua oleh Safee, 40, pada Februari lalu dan lafaz tersebut disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Rentetan penceraian tersebut, Fitria menerusi satu temubual bersama podcast mengakui menerima kata-kata kurang manis termasuk didakwa sedang menerima kifarah kerana perbuatannya meruntuhkan rumah tangga pertama Safee dengan bekas isterinya dahulu.
Sebelum berkahwin dengan Fitria, Safee pernah menikahi Sabarina Yusof pada 2007. Mereka yang mempunyai dua anak berpisah pada 2 April 2012.
Safee kemudian berkahwin dengan Fitria pada 2013 dan perkahwinan mereka bertahan selama 11 tahun sebelum pada masa sama, atlet tersebut sudah menikah dengan wanita lain di Thailand.
“Ada yang cakap ini kifarah untuk saya. Tak apalah, orang yang tahu saja macam mana.
“Ada ramai yang cakap saya dulu mengambil Safee daripada bekas isterinya, orang Sarawak.
“Saya memang tak ada langsung dalam hubungan Safee dengan bekas isterinya yang lama. Waktu saya berkenalan, Safee pun sudah ada masalah (rumah tangga).
“Tapi tak apalah orang nak cakap. Ini semua Allah yang tahu,” katanya dalam temu bual tersebut.
Wanita yang telah melahirkan dua cahayamata buat Safee ini juga mendedahkan bekas suami berubah sikap selepas berkahwin dengan isteri kedua pada Januari lalu.
“Sejak dia kahwin dengan perempuan itu dia mahu keluar dengan saya dan anak-anak pun dia takut-takut.
“11 tahun saya berkahwin dengan dia. Tidak mustahil dia ada rasa nak pujuk saya, tapi tak ada.
“Dia halau saya sudah berapa kali ‘kalau you nak pergi, pergilah’,” dedahnya lagi.
Fitria Elfina sebelum ini memfailkan tuntutan hadanah terhadap Safee berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 18 Mac lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat atau penyelesaian pada prosiding sulh yang dijalankan berhubung tuntutan berkenaan.

BERITA TRENDING: "Memang Berat Buat Keputusan Ini..."- Safee Sali Nekad Bersara, Bakal Lahir Generasi Bola Sepak Malaysia Baharu

#Viral #cerai #Safee Sali #Isteri #Bola Sepak #Fitria Elfina
;