Laman Utama

Dilaporkan Tenat, Legenda Bola Sepak Pele Pesan: “Jangan Lupa Tonton Brazil Di Piala Dunia!”

Maliah Surip
04/12/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
Dilaporkan Tenat, Legenda Bola Sepak Pele Pesan: “Jangan Lupa Tonton Brazil Di Piala Dunia!”
Peminat bola sepak dunia terutama penggemar legenda Pele berada dalam situasi ‘tegang’ apabila pemain Brazil tersebut dilaporkan tenat baru baru ini.
Terdahulu pada Sabtu, media sosial menjadi kecoh dengan berita yang dilaporkan media Brazil mengatakan kesihatan bekas pemain bola berusia 82 tahun itu merosot.
Pele yang disifatkan sebagai antara pemain bola sepak terbaik dunia yang pernah lahir dalam sukan itu diketahui bertarung dengan penyakit kanser.
Namun selepas beberapa hari khabar kurang enak itu tersebar, Pele bersuara.
Bintang bola sepak yang telah bermain dalam empat musim Piala Dunia dengan memenangi tiga perlawanan itu menyampaikan pesan lewat kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya.
Beliau mengatakan dirinya masih ‘kuat’ dan mempunyai banyak harapan selepas menyambung rawatan terhadap penyakitnya.
“Sahabat semua, saya berharap kalian kekal tenang dan positif. Saya kuat, dengan sepenuh harapan dan menjalani rawatan seperti biasa.
“Saya mahu berterima kasih kepada semua yang telah memberi energi kepada saya.
“Dan jangan lupa tonton Brazil di Piala Dunia!”tulis kenyataan tersebut.
Sementara itu pihak hospital juga mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tahap kesihatan Pele stabil dan memberi respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar