Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dilarang Mandi, Berkelah Di 5 Pantai Selangor Mulai Hari Ini

Syafiqah Jalal 27/09/2022 | 06:18 MYT

Sebanyak enam lokaliti di Selangor ditutup kepada orang awam bermula hari ini sehingga 29 September berikutan fenomena air pasang besar.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan pantai yang terlibat adalah Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Chunang, Pantai Batu Laut dan Jeti Tg Sepat.
Air pasang besar merekodkan ketinggian 5.3 meter pada jam 6.19 pagi pada 27 September dan dijangka 5.4 meter pada 7.53 pagi keesokannya dan 5.3 meter pada 29 September pada jam 6.42 pagi.
Pemantauan dijalankan sepanjang penutupan oleh pasukan Skuad PANTAS MPKL bagi memastikan tiada pengunjung yang mendekati kawasan-kawasan pantai tersebut.
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung agar tidak menjalankan aktiviti pantai atau riadah sehingga khamis ini berikutan Fenomena Air Pasang Besar.
Makluman dan peringatan kepada semua di dalam laman Facebook rasmi mereka.
Antara aktiviti yang dilarang keras adalah mandi pantai, berkelah, berkhemah, bermain pasir, memancing, menaiki bot dan berniaga di persisiran pantai.
Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Skuad Pantas MPKL melalui talian atau whatsapp 012-300 4256.

#Tutup #Selangor #Pantai #Mandi #Berkelah
;