Laman Utama

Dimarahi Sambil Tunjuk Isyarat Lucah, Nazrief Nazri Bengang Diekori Samseng Jalanan - “Saya Hon Kali Kedua..”

Azwa Rahman
28/06/2022
02:10 MYT
Sponsor Banner
Dimarahi Sambil Tunjuk Isyarat Lucah, Nazrief Nazri Bengang Diekori Samseng Jalanan - “Saya Hon Kali Kedua..”
Aktor Nazrief Nazri meluahkan rasa bengang apabila berhadapan dengan sikap biadap seorang penunggang motosikal ketika sedang memandu.
Menurut Nazrief atau nama lengkapnya Mohamad Nazrief Muhamad Nazri, 31, kejadian berpunca selepas dia membunyikan hon sebanyak dua kali kepada sepasang suami isteri menaiki motosikal yang tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar hijau gara-gara rancak bersembang.
Jelasnya, selepas dua kali membunyikan hon, penunggang motosikal tersebut mengejarnya lalu mengeluarkan isyarat lucah jari tengah kepadanya sambil menjerit-jerit.
“Dekat lampu isyarat, ada satu pasangan ni bersembang atas motor sampai tak perasan lampu dah lama hijau.
“Saya hon kereta sekali sebagai isyarat suruh dia jalan, tapi isteri dia boleh buat muka sambil mengomel marah sebab saya hon.
“Saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih hati-hati sewaktu naik motor dan maaf.
“Agaknya lelaki tu tak puas hati sebab saya hon kali kedua, dia kejar kereta saya sambil jerit-jerit dan tunjuk isyarat f***,• tulis Nazrief.
Menerusi laman sosial Instagram, isteri Nazrief, Aizatul Aqma, 28, sempat merakamkan babak tersebut dan memuat naik video itu untuk tatapan umum.
“Lelaki tu masih follow kereta kami, masa ni saya suruh isteri keluarkan phone sebagai langkah keselamatan sebab Noah sedang tidur di seat belakang.
“Sampai satu lampu isyarat merah, lelaki tu ketuk pintu cermin saya marah-marah tak puas hati,” katanya lagi.
Menerusi perkongsian video berdurasi kurang satu minit itu, kelihatan lelaki tersebut bertindak memarahi Nazrief gara-gara membunyikan hon.
Selepas memohon maaf di atas kesilapannya menegur lelaki itu, pasangan itu semakin meninggikan suaranya dan mengeluarkan telefon pintar bagi tujuan merakam aksi Nazrief dan isterinya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriri dan wargamaya memberikan kata-kata sokongan dan positif buat Nazrief selepas berdepan insiden itu.
Tidak hanya itu, ramai juga wargamaya yang meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap agar sikap samseng jalan raya ini.
“Aiyooo macam ni punya orang pun ada. Sendiri yang salah lepas tu orang hon nak marah marah,” kata Elvina Mohamad.
“Apa la mamat ni, siap tunjuk isyarat tangan, tak patut,” komen seorang wargamaya.
“Orang Malaysia memang tak boleh kena hon. Terus hot,” ujar seorang wargamaya.
“Kadang kita hon sebab mak pemandu atau rider lebih aware. Hon tu bukannya ajak bergaduh,” tulis seorang wargamaya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 55,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah pada Julai 2023.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar