Hiburan

Diminta Sertai Big Stage 2025, Haikal Farid Anggap Tak Layak - “Bukan Saya Tak Cuba Tapi…”

Khairil Khusyairi
14/02/2025
07:50 MYT
Sponsor Banner
Diminta Sertai Big Stage 2025, Haikal Farid Anggap Tak Layak - “Bukan Saya Tak Cuba Tapi…”
Penyanyi Haikal Farid mendedahkan ada menerima mesej langsung (DM) di Instagram memintanya untuk menyertai program realiti nyanyian Big Stage pada tahun ini.

Anggap Karier Nyanyian Hanya Minat

Menurut Haikal atau nama sebenar Mohammad Haikal Farid Rizal, 26, dia memilih untuk enggan menyertai Big Stage pada musim baharu ini kerana sudah mencuba nasib beberapa kali sebelum ini.
Kongsi pelantun lagu Paranoia itu lagi, dia kini menganggap karier nyanyiannya itu sebagai minat.
“Buat yang DM saya nak tengok saya dalam Big Stage tahun ni.

“Saya rasa Big Stage it's just not my place. Bukan saya tak cuba tapi dah cuba 4 kali

“Mungkin saya guna bakat saya untuk just menghiburkan korang begitu sahaja dan sebagai minat,” katanya.

Masih Lagi Menyanyi

Dalam pada itu, Haikal memaklumkan dia masih menerima sebarang tawaran undangan nyanyian.

“Tapi yang still nak jemput saya for events. no problem. boleh bincang.

“Thank you yang always support Haikal okay,” tutupnya.
Untuk info, Haikal pernah memasuki sebuah pertandingan nyanyian milik stesen televisyen tempatan pada tahun 2020 dan kini mempunyai beberapa buah single.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024