Laman Utama

Dior Tidak Pecat Johnny Depp Selaku Duta Wangian, Penjualan Malah Makin Meningkat!

Azwa Rahman
04/12/2020
08:10 MYT
Sponsor Banner
Dior Tidak Pecat Johnny Depp Selaku Duta Wangian, Penjualan Malah Makin Meningkat!
Jenama mewah terkenal dunia, Dior menerusi kempen wangian lelaki Sauvage dengan tidak memecat aktor Johnny Depp selaku duta, malah terus berdiri teguh di sisi.
Terkini, Depp yang menjadi wajah wangian jenama itu sejak tahun 2015 telah muncul dalam iklan Sauvage yang disiarkan di United Kingdom semasa rancangan The Great British Bake Off.
Berikutan Dior enggan untuk memecat Depp, peminat aktor itu dengan pantas melompat ke media sosial untuk menyuarakan sokongan mereka menggunakan tanda pagar #justiceforjohnnydepp terhadap jenama itu.
Memetik laporan The Guardian, penjualan wangian Sauvage itu juga telah meningkat sebanyak 23% dan menjadi wangian lelaki paling laris di kedai wangian The Frangance Shop.
Menurut pakar perhubungan awam Britain, Mark Bokowski, jenama mewah seperti Dior tidak hanya melihat pada sesuatu perkara sahaja.
“Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri, yang sentiasa berdepan dengan kontroversi. Sama seperti dalam filem The Devil Wears Prada,” jelasnya lagi.
Dilaporkan Depp menerima bayaran antara USD3 juta (RM12 juta) hingga USD5 juta (RM20 juta) untuk iklan TV tersebut.
Terdahulu, Depp dipecat oleh Warner Bros dan namanya digugurkan daripada terus terbabit dalam penggambaran Fantastic Beasts 3 selepas kalah dalam perbicaraan kes dengan bekas isteri, Amber Heard.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar