Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Diperiksa Kerana Guna Propofol, Ganja Ditemui Dalam Urine Aktor Yoo Ah In

Maliah Surip 12/02/2023 | 07:55 MYT

Aktor Korea Selatan, Yoo Ah In mengejutkan peminatnya apabila ditahan pihak berkuasa atas dakwaan kesalahan menggunakan dadah.

Berita itu terbongkar selepas pada 6 Februari, media tempatan melaporkan seorang aktor terkenal dipanggil untuk menjalani siasatan kerana didakwa melanggar akta dadah.
Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, aktor tersebut yang diketahui sebagai Ah In didapati telah menggunakan propofol secara haram.
Propofol adalah pil tidur dan anestetik, penggunaannya, selain untuk prosedur pembedahan, adalah haram.
Bintang Seoul Vibe itu diketahui ‘tertangkap’ menggunakan propofol apabila mengambilnya secara kerap daripada sebuah hospital.
Namun sewaktu pemeriksaan dijalankan dengan lebih lanjut, kes Ah In berubah.
Selepas melakukan pemeriksaan urine atau air kencing ke atasnya, aktor tersebut didapati positif dadah jenis ganja. Dia dipercayai baru memasukkan bahan terlarang dalam tubuh badannya itu kurang dari tempoh satu minggu.
Lantaran penemuan baru itu, polis juga membuka kertas siasatan terhadap aktor berusia 36 tahun tersebut atas kesalahan penggunaan dadah.
Jika mengikut undang-undang, kesalahan menggunakan propofol boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun atau didenda sebanyak $79,000.
Sebelum ini Pengarah Samsung, Lee Jae-yong dan aktor Ha Jung-woo telah didenda atas kesalahan mengambil propofol.

#Viral #Korea #Yoo Ah In #Ganja #propofol
;