Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Dipijak Kuda, Andy Lau Patah Tulang Belakang

Rozaimi Zubaidi 19/01/2017 | 03:51 MYT
Pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau dilaporkan patah tulang belakang ketika sedang menjalani penggambaran iklan di Thailand.
Menurut laporan Daily Mail, Andy dikatakan tercampak dari kuda yang ditunggangnya sebelum dipijak haiwan tersebut.
"Ketika kejadian Andy sedang menunggang kuda di kawasan perkampungan Khao Lak, berhampiran Bangkok.
"Namun beberapa minit kemudian, kuda yang ditunggangnya itu gagal untuk dikawal dan menyebabkan dia tercampak ke tanah sebelum kuda tersebut memijaknya," kata sumber.
Media berita Taiwan, EBC pula melaporkan insiden itu telah menyebabkan Andy Lau mengalami patah tulang belakang dan menerima rawatan awal di sebuah hospital tempatan, sebelum diterbangkan ke Hong Kong.
Pengurus pengurusan Andy Lau, Focus Artistes, menerusi satu kenyataan telah mengesahkan perkara tersebut dengan mengatakan pelakon itu mengalami kecederaan tulang belakang yang serius.
"Andy Lau kini telah mengalami kecederaan tulang belakang yang agak serius, namun dalam keadaan stabil dan kini dipantau pegawai perubatan," kata agensi.
#Andy Lau
;