Laman Utama

Dipuji Ayu Bertudung Bawal, Wajah Daiyan Trisha Dikatakan Mirip Fazura! - “Allahu Kenapa Cantik Sangat Ni..”

Azwa Rahman
11/03/2022
07:05 MYT
Sponsor Banner
Dipuji Ayu Bertudung Bawal, Wajah Daiyan Trisha Dikatakan Mirip Fazura! - “Allahu Kenapa Cantik Sangat Ni..”
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mencuri perhatian ramai apabila mengenakan hijab bagi menjayakan watak dalam sebuah filem terbaharu berjudul Rompak.
Apa yang mencuri tumpuan pengikutnya adalah wajahnya yang berhijab saling tak tumpah seperti selebriti dan fesyenista terkenal, Nur Fazura.
Menerusi laman sosial Instagram, Daiyan berkongsi beberapa keping foto ketika berada di set penggambaran bersama rakan pelakon Zizan Razak.
Pada perkongsian itu lagi, Daiyan yang memegang watak sebagai juruterbang wanita mengenakan pakaian seragam kemeja beserta tudung hitam lengkap dengan stoking tangan.
Menggayakan tudung bawal, wajah ayu Daiyan mendapat pujian ramai yang rata-rata pengikutnya sukakan imej tersebut.
“Gambar kedua nampak macam Fazura!” kata Sweet Qismina.
“Lawanya Daiyan bertudung dah macam muka Fazura,” tulis seorang wargamaya.
“Cantiknya Daiyan pakai tudung + with that uniform,” ujar seorang wargamaya.
”Allahu kenapa cantik sangat ni,” puji seorang wargamaya.
“Manis sangat tuan pakai tudung tutup aurat, moleknya,” kata seorang wargamaya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 93,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar