Laman Utama

Dipuji Makin Cantik Lepas Dipenjara, Nikita Mirzani: “Pakai Air Wuduk”

Maliah Surip
29/11/2022
04:45 MYT
Sponsor Banner
Dipuji Makin Cantik Lepas Dipenjara, Nikita Mirzani: “Pakai Air Wuduk”
Bintang sensasi Nikita Mirzani saat ini sedang menjadi salah seorang tahanan di Rumah Tahanan Negara (Rutan) Klas IIB Serang, Jakarta, Indonesia.
Nikita ditahan selepas didakwa menyebarkan kebencian dan memberi hantaran jelek dalam media sosial.
Lantaran itu, aktiviti dan wajahnya sudah jarang dilihat netizen di media sosial.
Namun, baru baru ini sewaktu muncul untuk salah satu sesi perbicaraannya di Jaksa Penuntut Umum (JPU), kelibat wanita itu disifatkan kelihatan sebagai cantik dan bahagia.
Pihak media massa Indonesia pun kemudian bertanya tentang kesihatan dan penampilannya yang semakin cantik.
Dengan bersahaja dan ringkas, Nikita menjawab tidak pernah melakukan rawatan khusus sepanjang menjadi tahanan.
Namun dia mengaku selain tidak terdedah dengan matahari, kulit wajahnya dibersihkan dengan air wuduk.
“Tak ada buat rawatan apa apa. Rawatan cuma pakai air wuduk. Selain itu saya tak kena matahari,” akui Nikita seperti dilaporkan Liputan6.com.
Ibu kepada tiga orang anak itu juga mengatakan keadaan kesihatannya baik, meski sempat histeria saat pertama kali ditahan polis beberapa bulan lalu.
Terdahulu seorang usahawan, Dito Mahendra telah melaporkan Nikita kepada pihak polis atas dakwaan memfitnahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar