Hiburan
Disaran Lepas Status Janda, Ria Ricis: “Saya Tak Perlu Suami Untuk Tambah Beban”
Pelakon dan YouTuber popular Indonesia, Ria Ricis diketahui memikul status ibu tunggal satu anak selepas bercerai dengan suami, Teuku Ryan pada Mei 2024.
Sejak itu, dirinya sering mendapat pertanyaan tentang kembali mendirikan rumah tangga.
Namun perempuan berusia 29 tahun ini dengan tegas mengatakan tidak ingin kembali ke alam perkahwinan.
Bagi ibu kepada anak perempuan bernama Moana ini, dia tidak memerlukan seorang suami jika hanya akan menambah beban.
“Saya tidak perlu suami untuk tambah beban,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Ria Ricis juga meminta peminat dan warganet memikirkan dirinya saat ini sedang mencari pengganti Teuku Ryan.
“Tolong berhenti fikir saya sedang cari suami. Big No. Dengar perkataan nikah pun sudah ‘penat’,” katanya lagi.
Terdahulu kisah rumah tangga Ria Ricis dan Teuku Ryan menjadi heboh selepas wanita itu mendakwa tidak melakukan hubungan badan bersama suami setelah dia melahirkan anak pertama.
Lelaki itu juga didakwa pernah memperlekehkan bentuk tubuhnya selain lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan.
Perkahwinan yang dibina pada 2021 akhirnya roboh tahun lalu.
Must-Watch Video