Hiburan
“Disebabkan Kat Luar Banyak Virus, Papa Buat Playground Dalam Rumah” - Almy Nadia
Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi sepotong video anak-anaknya sedang bermain gelongsor di dalam rumah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Menurut Almy, set gelongsor tersebut dibeli suaminya Datuk Fizz Fairuz kerana bimbangkan kesihatan anak-anak disebabkan virus COVID-19 yang sedang menular.
“Disebabkan luar banyak virus bahaya, jadi papa dia wujudkan taman permainan dalam rumah khas untuk anak-anak dia. Terima kasih papa,” tulisnya.
Perkongsian Almy itu telah ditonton 90 ribu kali dan rata-rata yang meninggalkan komen memuji cara pasangan suami isteri itu mengisi masa berkualiti bersama anak-anak.
Kepada ibu bapa di luar sana, tak susah pun nak habiskan masa bersama anak-anak ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, contohi Almy Nadia dan Fizz Fairuz.
Taman permainan dalam rumah, not bad kan?
Hari ini sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, ingat #dudukrumah dan patuhi arahan ya!
Must-Watch Video