Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Disebabkan Tuntutan Kerja, Ammar Titan Tidak Dapat Bersama Isteri & Anak Tunai Umrah

Zulaikha Yusof 23/10/2019 | 08:16 MYT
Pelakon dan pelawak kumpulan Titan, Ammar berkongsi sekeping foto bersama isteri, Amalina Jamil dan anak perempuan mereka, Airis Aisyah.
Foto tersebut menunjukkan Ammar menghantar isteri dan anaknya ke lapangan terbang untuk berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah pada Isnin lalu.
"Semoga mendapat umrah yang mabrur Mummy dan -isyah," tulisnya secara ringkas.
Jelas Ammar, dia tidak dapat bersama-sama ke Tanah Suci disebabkan tuntutan kerja yang perlu diselesaikannya.
"Saya tidak dapat bersama ahli keluarga yang lain menunaikan ibadah Umrah disebabkan faktor kerja.
"Sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran sitcom, Rumah Rara bersama pelakon hebat yang lain antaranya Nora Danish, Azhan Rani, Adibah Noor dan Sheila Mambo.
"Penggambaran ini bermula daripada 19 hingga 25 Oktober ini," katanya ketika dihubungi Gempak.
Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan mendedahkan ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan keluarga dalam tempoh masa yang lama.
"Kali pertama saya berjauhan yang agak lama. Sebelum ini paling lama pun dalam dua hari.
"Isteri dan anak saya akan berada di sana sehingga 2 November ini.
"Apa yang penting saya sangat gembira kerana boleh hantar isteri and anak untuk menjadi tetamu Allah," tambahnya lagi.

Semoga mendapat umrah yang mabrur mummy dan aisyah ❤

A post shared by ?????? ????? (@armadaammar) on

#Anak #Umrah #Isteri #Ammar
;