Hiburan

Diserang Anjing Rottweiler Ketika ‘Shooting’, Mia Nasir Syukur Tak Alami Kecederaan Serius - “Kalau Tanya Trauma Atau Tidak, Saya Akan Cakap…”

Asyikin Mayudin
09/09/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Diserang Anjing Rottweiler Ketika ‘Shooting’, Mia Nasir Syukur Tak Alami Kecederaan Serius - “Kalau Tanya Trauma Atau Tidak, Saya Akan Cakap…”
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan pelakon Mia Nasir diserang seekor anjing rottweiler ketika sedang menjalani penggambaran baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Anjing untuk lakonan

Menerusi rakaman berdurasi 0:13 saat itu, Mia dan aktres Mimi Lana dilihat mahu memasuki sebuah rumah dan secara tiba-tiba anjing rottweiler yang digunakan untuk tujuan lakonan telah menyerangnya di bahagian kaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Kecewa Beli Buah, Dapat Raspberry Busuk & Berkulat! Mujur Anak-Anak Tak Sempat Makan - “Seriously? Eiw! Kenapa Perlu Jual”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Boleh Masak, Afifah Nasir Seronok Jadi Suri Rumah - “Suami Suka Makan…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pengajaran Untuk Netizen Mulut Puaka” - Diana Nasir Puas Hati Tindakan Shuib

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, kakak kepada pelakon Anzalna Nasir ini berkata dia hanya mengalami kesan lebam di bahagian paha sahaja.

“Badan saya tak sakit, cuma impak dia di bahagian paha sahaja. Tiada luka dan berdarah. Apa yang berlaku ini saya tak salahkan siapa. Tak ada siapa yang sangka benda seperti itu akan terjadi.

“Nasib saya memang baik walaupun ruang dekat situ macam tiada. Anjing itu pun digunakan untuk tujuan lakonan,” katanya menerusi siaran langsung (live) di TikTok.

Tak trauma

Bagaimanapun Mia turut memberitahu dia berkemungkinan mengalami trauma sekiranya anjing tersebut mengigitnya.

“Kalau tanya trauma ataupun tidak, saya akan cakap tidak. Sebab dia tak gigit saya. Kalau gigit mungkin saya trauma.

“Untuk pengetahuan korang, kita jangan bagi interaksi mata dengan anjing sebegitu. Mereka akan rasa terancam,” ujarnya.

Tak alami kecederaan

Berbicara lebih lanjut, Mia turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.
“Belakang saya ada cermin. Nasib saya tak langgar dan pecahkan. Allah lindung saya. Saya juga bernasib baik kerana jenis seluar yang dipakai menghalang anjing itu menggigit terus ke bahagian kulit,” katanya lagi.

Pernah dikejar anjing

Di akhir siaran langsung, Mia turut berkongsi pengalaman dia pernah dikejar anjing.
“Saya ada pengalaman dikejar anjing di Bukit Damansara. Masa itu saya lari laju sebab turun bukit. Jadi bernasib baik juga,” kongsinya.
@mianasir1 Non scripted. Jantung kat lutut dah waktu ni. #AndaiTiadaDia ♬ suara asli - Nacep Hermawan Jr
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar