Hiburan
Diserang Migrain Teruk, Farah Asyikin Masuk Hospital
Penyanyi dan bekas peserta Gema Gegar Vaganza 2018, Farah Asyikin dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu akibat diserang migrain yang serius.
Menerusi ruangan Instagram Story, Farah menceritakan detik dia diserang penyakit itu ketika berada di sebuah majlis bertempat di Menara Felda, Kuala Lumpur.
"Apa yang berlaku terhadap saya ini memang tak diduga, saya tiba-tiba diserang migrain yang teruk ketika saya mengadakan 'talk' di Menara Felda.
"Saya hanya berjaya menghabiskan sesi pertama, alangkah baiknya kalau saya mampu menghabiskannya sehingga ke penghujung majlis kerana topik yang dibincangkan itu sangat menarik," tulisnya.
Selain itu, penyanyi ini turut berterima kasih kepada pihak Felda yang bertungkus lumus membantu dan membawanya ke hospital berhampiran.
Farah juga memaklumkan dia telah dibenarkan keluar dari hospital dan dijaga dengan baik oleh suaminya di rumah.