Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gaya Hidup

Diskaun Insuran Buat Kesemua Pemilik Kenderaan, Namun Hanya Untuk Mereka Yang...

Hanafis Haris 11/10/2019 | 14:12 MYT
Berita baik untuk pengguna jalan raya tahun depan, mereka akan menikmati diskaun bagi pembayaran insuran kenderaan.
Namun begitu, mekanisma ini hanya tertakluk pada mereka yang tidak mempunyai saman.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi satu sidang media baru-baru ini.
"Untuk melaksanakan mekanisma ini, kita perlu intergasikan informasi dan data daripada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sama ada pemilik kenderaan mempunyai rekod bersih ataupun sebaliknya," katanya.
Menurut Anthony, kementerian juga memerlukan kerjasama dan sokongan daripada syarikat insurans.
"Bukan saja bagus untuk mereka memandu secara berhemat dan membawa kenderaan lebih cermat.
"Malah idea ini turut memberi kelebihan buat syarikat insuran dimana jumlah kemalangan dapat dikurangkan," katanya.
Difahamkan cadangan yang diutarakan ini dijangka bakal dijayakan seawal tahun hadapan.
Jadi bagi anda yang inginkan diskaun, bolehlah memandu secara cermat bermula sekarang!
#Malaysia #JPJ #Kereta
;