Laman Utama

Disyaki Curang, Rizky Billar Cekik & Hempas Lesti Kejora Ke ...

Maliah Surip
29/09/2022
23:57 MYT
Sponsor Banner
Disyaki Curang, Rizky Billar Cekik & Hempas Lesti Kejora Ke ...
Kisah keharmonian rumah tangga pasangan selebriti muda Rizky Billar dan Lesti Kejora yang tiba tiba dilanda badai masih menjadi bualan hangat masyakarat Indonesia.
Apa lagi, pasangan itu selalu terlihat sangat romantis dalam media sosial.
Rupanya itu hanya sedikit sahaja kisah kehidupan yang ditunjukkan mereka sehingga Lesti mengejutkan masyakarat dengan membuat laporan polis menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Diketahui, kronologi ibu kepada seorang anak itu dipukul Rizky kerana Lesti mendakwa pelakon tersebut menjalinkan hubungan sulit.
Rizky bagaimanapun berang dengan dakwaan penyanyi dangdut tersebut dan selepas bertengkar, dia mula memukul Lesti.
“Kerana sangat emosi, terlapor (Rizky) telah menolak dan menghempas korban (Lesti) ke katil. Dia kemudian dicekik.
“Korban kemudian terjatuh ke lantai dan aksi tersebut berlaku berulang laki,
“Kemudian pada sekitar pukul 10.00 WIB, terlapor berusaha menarik tangan korban ke arah kamar mandi dan menghempas korban ke lantai. Sehingga tangan kanan, leher dan tubuhnya merasa sakit.
“Atas kejadian tersebut, korban merasa sakit dan melaporkan ke Polres Metro Jakarta Selatan untuk tindakan lanjut,” begitu isi laporan yang ditulis kepada pihak polis seperti dilaporkan Detik.com.
Sementera itu, peguam Lesti memberitahu media tempatan wanita itu kini sedang berehat. Lesti akan diperiksa terlebih dahulu untuk mengesahkan bukti dirinya dipukul atau berlaku keganasan rumah tangga.
Jika semua bukti kukuh, Rizky yang menikahi Lesti pada tahun lalu berdepan hukuman 15 tahun penjara.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar