Berita

"Ditemukan Pada Tahun 2003 Ketika Akademi Fantasia 1…”- Khai & Rosma Sambut Anniversary Ke-12

Syafiqah Jalal
28/04/2020
09:16 MYT
Sponsor Banner
"Ditemukan Pada Tahun 2003 Ketika Akademi Fantasia 1…”- Khai & Rosma Sambut Anniversary Ke-12
Pasangan selebriti yang lahir dari program Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Khai dan Rosma menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Khai akui bersyukur perkenalan mereka daripada program realiti itu membawa ke jenjang pelamin hingga sekarang mereka sudah dikurniakan anak-anak yang comel.
“Happy Anniversary yang ke-12 tahun sayang, di bulan yang mulia ini.
“Syukur Alhamdullillah... sekejap sahaja sudah 12 tahun kita bersama dan usia perkenalan 17 tahun sudah.
"Ditemukan 2003 masa AF1 di Mines dan diijabkabulkan pada 2008 di Masjid Putra, Putrajaya.
“Terima Kasih sayang menjadi rakan, sahabat, isteri, teman hidup susah senang dan menjadi Ibu kepada 5 orang anak kita (2 orang sudah menunggu kita di syurga).
“Semoga hubungan kita sampai ke jannah. Sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya. Aamin," tulisnya.
Khai berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, Khai memuat naik foto-fotonya bersama isteri.
Khai mendirikan rumah tangga dengan Rosma pada 2008.
Perkahwinan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4, dan Dhania berusia setahun.
A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar