Laman Utama
Dituduh Bergaduh Sampai Bawa Kerambit, Isa Isarb Tampil Jelas Perkara Sebenar!
Terpalit dengan insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang, YouTuber terkenal Isa Isarb tampil menafikan dakwaan orang ramai mengatakan kumpulannya membelasah seorang mangsa secara beramai-ramai.
Isa menjelaskan perkara berkenaan menerusi satu posting di Instagramnya semalam.
Menurut Isa, dakwaan itu tidak tepat kerana apabila dia sampai ke futsal berkenaan, pergaduhan telah pun berlaku membabitkan beberapa kelompok.
“Katanya kami 25 orang ramai-ramai belasah satu tu tak betul. Ketika kejadian saya berada di Mid Valley jadi lepas dapat panggilan saya terus ke sana.
"Sampai je sana masing-masing dah bergaduh, korang boleh tengok dekat video ni, banyak group bergaduh dalam futsal tu,” katanya.
Jelas Isa lagi, dia juga tidak faham bagaimana isu senjata kerambit boleh terbabit dalam pergaduhan ini.
“Saya boleh 100 peratus sahkan yang memang tiada kerambit guys. Perkara ini pun sudah disahkan oleh polis menerusi laporan mereka.
“Jadi benda ni semua hanyalah fitnah semata-mata,” katanya.
Tambah, isu tersebut juga sudah selesai dengan kedua-dua pihak telah menarik laporan yang dibuat di balai polis berikutan perselisihan faham yang berlaku.
Terdahulu, viral satu video berdurasi lapan saat di media sosial yang menunjukkan YouTuber bersama beberapa rakannya didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang, pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk YouTuber hingga mengalami kecederaan teruk di muka dan badan.
Kejadian pergaduhan itu berlaku ketika berlangsung perlawanan persahabatan futsal membabitkan dua pasukan.
BACA: Tanggung Rugi RM40,000, Subscriber Pula Berkurang Jadi 2.03 Juta...Isa Isarb Mohon Maaf!