Laman Utama
Dituduh Buat Bisnes Jual Baju Ketat, Pemilik Butik Pakaian Muslimah Tampil Dengan Penjelasan - "Pilihan Semua Di Tangan Sendiri"
Pemilik butik fesyen terkenal Leeyana Rahman, Yana Lee mendedahkan sering menerima mesej yang mempertikaikan kenapa dia menjual koleksi baju yang ketat.
Jelas Yana, dia hanya seorang penjual namun keputusan untuk membeli datang daripada pelanggan.
Katanya, golongan wanita harus bijak membuat keputusan dalam pemilihan baju.
"Kenapa baju @leeyanarahman.co semua sendat-sendat eh? Kenapa semua ketat-ketat eh?
"Memang nak buat bisnes menjurus orang untuk masuk neraka ke? Selalu dapat direct message (DM) macam ini.
"Jawapan dia, saya hanya jual baju. Pilihan semua di tangan sendiri. Pemilihan baju boleh merubah segalanya. Jadi kita sebagai perempuan, kena bijak dan buat pilihan yang tepat," tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram (IG).
Tambahnya lagi, setiap orang berbeza pendirian, masing-masing ada cara tersendiri untuk menggayakan pakaian yang dibeli.
"Ada orang nak pakai ketat, ada nak pakai longgar, ada nak bagi nampak slim, ada nak bagi nampak chubby sikit, ada nak tutup dada, ada yang nak punggung nampak kecik, macam-macam la," tulisnya lagi.