Laman Utama

Dituduh Double Standard Tak ‘Kecam’ Konsert Dewa 19, Ini Jawapan PU Syed: “Program Maksiat Tugas Kita Semua Kena Tegur”

Izwan Isa
11/09/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Double Standard Tak ‘Kecam’ Konsert Dewa 19, Ini Jawapan PU Syed: “Program Maksiat Tugas Kita Semua Kena Tegur”
Umum mengetahui tentang kelantangan pendakwah bebas, PU Syed dalam menegur penganjuran program-program hiburan seperti konsert-konsert artis luar negara yang diadakan di tanah air.
Selepas kedatangan penyanyi Billie Eilish menerima kritikan, PU Syed turut menyelar penganjuran konsert artis K-Pop Blackpink yang dijadualkan bakal diadakan di sini tidak lama lagi.
Begitupun baru-baru ini, terdapat segelintir netizen yang menuduh PU Syed sebagai pilih kasih kerana tidak mengecam penganjuran Konsert 30 Years of Dewa 19 Anniversary Tour yang diadakan di Axiata Arena minggu lalu.
Menerusi satu perkongsian yang dilakukan di Instagram, PU Syed menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya mengenai keengganan untuk mengkritik konsert artis dari seberang berkenaan.
“Saya tidak berdaya nak cegah. Dan tidak juga bekerja untuk cari mana-mana konsert yang akan dibuat di Malaysia.
“Tak perlu cakap saya double standard dalam menegur dan membanta. Saya berulang kali dah sebut… Mana-mana amal perbuatan yang mungkar dan mendatangkan dosa, wajib dicegah dan ditentang,” katanya.
Terdahulu, PU Syed ada menerangkan yang secara asasnya hiburan tak menjadi masalah. Cuma yang menjadi teguran adalah penganjuran konsert yang melalaikan manusia dari ingat kepada Allah dan pencampuran unsur-unsur lagha dalam persembahan.
Tambah PU Syed, tidak akan timbul isu Islam agama yang keras atau lembut bila bertembung dengan sesuatu kemungkaran.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024