Hiburan
Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan dirinya telah difitnah oleh seorang individu di laman media sosial, TikTok baru-baru ini.
BERITA BERKAITAN:Isu Gagal Bayar Cukai, Shuib Tak Anggap Pengakhiran Untuk Perniagaannya - "Tuhan Kan Dah Janji…”
BERITA BERKAITAN:Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”
BERITA BERKAITAN:Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta, Shuib & Pengarah Bubblebee Didakwa 6 Pertuduhan
Menurut Shuib, dia terkejut apabila individu berkenaan berani membuat kenyataan yang dianggap 'tidak berasas' mengenai dirinya serta mendakwa perniagaan yang diusahakan beliau adalah hasil daripada wang haram.
Usahawan produk minuman itu berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah yang dilemparkan itu boleh menganggu periuk nasinya.
"Saya ada terbaca komen di Tiktok yang mana ada individu ini bercakap seolah-olah dia tahu semua. Kalau bercakap dengan bukti tak mengapa tapi tidak ikut sedap mulut sahaja.
"Saya takut baca komen dia, kalau saya tak maafkan. Macam mana nanti dia di padang masyar?
“Dia kata hasil hidup saya dari duit tidak halal, pergi umrah gunakan duit hasil aniaya orang. Saya sangkal sama sekali, mana bukti? angan bercakap tanpa asas, kalau dakwaan itu betul datang jumpa saya tunjuk bukti.
“Kita tunggu dan lihat sahaja, jumpa di mahkamah nanti,” ujarnya.
Katanya lagi, keputusan yang mahu dilakukannya bukan bertujuan sekadar ingin memberi pengajaran malah untuk membuka mata semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya bercakap mengenai sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa.
"Ya betul..saya memang terkenal dengan sejenis suka saman-menyaman. Tapi saya buat itu bersebab dan bertempat. Bukan sesuka hati.
"Selalunya orang macam ini.. bila di mahkamah dia mengigil ketakutan dan hanya mampu tunduk bila jumpa kita.Saya dah banyak kali hadap perkara begini.
"Bila kita buat begini,biar dia tahu jangan suka-suka mengaibkan orang tidak menentu," katanya.
Shuib berkata demikian bagi menepis dakwaan ke atas dirinya apabila timbul isu dalam kalangan netizen yang menyifatkan hasil kemewahannya selama ini berlandaskan duit haram.