Hiburan
Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."
Pelakon, Uqasha Sensrose menyatakan dia tekad untuk meneruskan kes fitnah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya ke mahkamah.
BERITA BERKAITAN: Rasa Berat Semakin Bertambah Selepas Bersalin, Uqasha Senrose Kini Lebih Aktif Bersukan - "Hidup Saya Pada Ketika Itu..."
BERITA BERKAITAN: "Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose
BERITA BERKAITAN: Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”
BERITA BERKAITAN: Uqasha Senrose Dakwa Pembantu Peribadi Berperangai ‘Buruk’ - “Main Pakai Baju Tidur Orang Sesuka Hati?”
Tegas Uqasha, kes itu akan terus dibawa ke mahkamah sejurus selesai siasatan pihak berkuasa.
"Oh tidak, saya tetap akan teruskan kes ini ke mahkamah tetapi sekarang ini polis masih siasat dan selepas itu baru kita dapat tahu bila masa yang sesusai untuk bawa naik ke mahkamah.
"Saya tetap dan tidak akan berubah fikiran," tegasnya.
Pelakon Bisikan Dosa itu juga akui, sehingga hari ini masih terasa kesal dengan tohmahan bekas pembantu peribadinya itu, tidak akan menjadikannya terus berduduk diam.
Pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut berkata dia sangat kecewa dengan apa yang sudah terjadi kerana orang yang dipercayainya telah bertindak untuk menikam belakangnya.
"Macam Uqasha kata. saya akan tetap mahu teruskan kes ini mengikut undang-undang.
"Siapa yang tak kecewa. Orang yang kita percaya selama ini,tikam belakang kita.Tetapi itulah manusia.Hati boleh berubah-ubah.
"Kita buat secara ikhlas, kita buat baik sekalipun, belum tentu dibalas baik. Tapi tak mengapa Insya-Allah ada yang baik-baik sebenarnya. Banyak yang saya belajar," kata aktres cantik itu.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu juga menyatakan dia berkemungkinan tidak akan mengambil pembantu peribadi lagi.
Buat masa ini, dia lebih selesa menguruskannya sendiri.
"Saya rasa buat masa ini saya tak kan ambil pembantu peribadi lagi. Selagi boleh buat sendiri saya akan handle sendiri.
"Kalau ambil pun,habis kerja habis," katanya.
Terdahulu, nama Uqasha Senrose mula menjadi bualan apabila dia didakwa merupakan seorang 'Kaki Pukul' oleh pembantu peribadinya.
Bagaimanapun Uqasha meminta pembantu peribadinya itu untuk mengemukakan bukti jika benar dirinya melakukan seperti yang dinyatakan.
Malah, Uqasha turut mempersoalkan tindakan wanita itu yang hanya membuat laporan polis tujuh hari selepas kejadian.