Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dituduh ‘Meludah’ Mendiang Lata Mangeshkar, Shah Rukh Khan Buat Heboh! Tetapi, Ini Sebenarnya Yang Terjadi..

Azwa Rahman 09/02/2022 | 01:56 MYT
Kehadiran aktor Bollywood terkenal Shah Rukh Khan (SRK) ke upacara penghormatan terakhir pada mendiang ikon muzik India Lata Mangeshkar mengundang pelbagai reaksi masyarakat di sana.
Bukan hanya kerana akhirnya aktor filem Dilwale itu muncul di khalayak umum setelah sekian lama, tetapi dia didakwa telah meludah mayat mendiang Mangeshkar.
Namun adakah perkara itu terjadi?
Difahamkan SRK hadir di upacara penghormatan terakhir kepada Mangeshkar ditemani pengurusnya, Pooja Dadlani.
Upacara penghormatan terakhir tersebut diadakan di Taman Shivaji Mumbai dengan penghormatan penuh negara pada petang Ahad.
SRK menanti giliran untuk memberi penghormatan terakhir pada mendiang memandangkan ramai tetamu mahu melakukan perkara yang sama. Dia turut dilihat membawa bunga untuk mendiang penyanyi legenda tersebut.
Pada awalnya, SRK mengelilingi jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Mangeshkar. Setelah mengelilingi mayat, dia berdiri di sebelah pengurusnya dan menadah tangan membaca doa.
Selesai membaca doa, suami kepada Gauri Khan ini membuka pelitup mukanya dan meniup udara ke arah jenazah.
Aksi inilah yang telah didakwa sebagai ‘meludah’ dan heboh diperkatakan satu negara.
Bukan meludah, tindakan SRK meniup udara adalah salah satu perbuatan orang Islam di India setelah mereka membaca doa.
Media tempatan pula kemudiannya bertindak menjelaskan tindakan meniup udara tersebut bagi meleraikan ketengangan yang tercetus.
Pada Ahad lalu, dunia dikejutkan dengan pemergian Lata Mangeshkar, 92, akibat dijangkiti COVID-19.
Mendiang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Breach Candy pada 11 Januari lalu.
#Shah Rukh Khan #India #Lata Mangeshkar
;