Laman Utama

Dituduh ‘Perli’ Siti Nurhaliza Di Twitter, Aubrey Suwito Beri Penjelasan - "Mungkin Ada Tak Faham Konteks ..."

Izwan Isa
23/05/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
Dituduh ‘Perli’ Siti Nurhaliza Di Twitter, Aubrey Suwito Beri Penjelasan - "Mungkin Ada Tak Faham Konteks ..."
Nama maestro muzik tersohor, Aubrey Suwito menjadi bualan gara-gara ciapan balasan yang dihantarnya di platform Twitter baru-baru ini.
Segalanya bermula apabila produser muzik, JD mempersoalkan sama ada artis-artis yang wajah mereka terpampang di billboard Times Square di New York pernah membuat persembahan di kota tersebut.
Aubrey menerusi fungsi ulang ciap menulis: “Fuhhh. The knives are out” pada ciapan asal JD berkenaan.
Kenyataan Aubrey bagaimanapun menerima maklum balas negatif dalam kalangan netizen, khususnya peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Aubrey dituduh sebagai komposer dan kenalana rapat Siti yang hipokrit dan seharusnya tidak menulis kenyataan sedemikian.
Begitupun, Aubrey menjelaskan yang dia tidak berniat untuk perli sesiapa, waima artis-artis yang wajahnya diangkat di luar negara menerusi platform penstriman muzik Spotify. Tujuan Aubrey berbuat demikian adalah kerana mahu menegur tindakan JD yang dianggap kurang manis.
“Semuanya salah faham. Mungkin ada yang tidak faham konteks. Tujuan saya menulis ciapan berkenaan adalah untuk menegur JD secara baik, kerana tidak manis untuk bertanyakan soalan sedemikian terhadap pencapaian artis lain.
“Kalau dalam bahasa lebih mudah, saya nak sampaikan kepada JD, ‘Relakslah…’ atau ‘Amboi macam dah tunjuk taring eh?’ kepadanya. Tapi, mungkin lost in translation, ramai yang salah anggap.
“Benar, ramai yang marah kepada saya. Tetapi saya enggan mengulas lanjut di Twitter kerana takut perkara ini makin diperbesarkan,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Aubrey menambah, sepanjang berada dalam industri muzik tempatan, dia sentiasa menyokong setiap bakat tempatan yang ada.
“Seperti yang saya selalu katakan, saya sentiasa sokong bakat tempatan. Jangan bandingkan mereka (penyanyi tempatan) kerana masing-masing punya bakat tersendiri.
“Saya selalu perjuangkan bakat artis tempatan. Bila JD tulis macam tu, macam tak cool. Sebagai seorang rakan, saya tegur dengan baik,” katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar