Viral

Dituduh Perniagaan Merudum, Ini Jawapan Chef Ammar - “Aku Yang Founder, Aku Yang Godfather, Aku Yang King”

Gempak
19/03/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Perniagaan Merudum, Ini Jawapan Chef Ammar - “Aku Yang Founder, Aku Yang Godfather, Aku Yang King”
Peniaga beriani, Chef Ammar menjawab spekulasi orang ramai mengenai prestasi perniagaan Beriani Lamb Shank miliknya yang didakwa telah pun merudum.
Chef Ammar menerusi satu temu bual video oleh Najee Mahshar berkata, dia tidak kisah jika dihentam mengenai memandangkan rezeki yang diterima merupakan rezeki daripda Allah SWT. “Kamu nak mahu hentam, hentamlah. Kalau Tuhan izin, (Dia) izinkan. Ini semua kerja Allah SWT.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu sokong saya. Orang Melayu bukan golongan rasis. Saya hormat dengan orang Melayu. Tapi (bila) ada orang cakap macam tu, sorrylah,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Ammar sempat memberitahu yang menu jualannya disediakan dengan bahan berkualiti selain menjaga aspek kebersihan sewaktu penyediaan dan ketika jualan.
Selain itu, dia turut berpesan mengenai statusnya sebagai ‘founder’ bisnes yang diusahakannya.
“Standard is very important. Jangan depan ok, belakang tak ok. Kita kena maintain level kita.
“Aku yang founder, aku yang Godfather, aku yang king and I’m still the king. Itu sahaja. Don’t be smart with a master,” katanya.
Sebelum ini, Chef Ammar pernah viral selepas ramai dalam kalangan pengguna beratur panjang di bazar Ramadan semata-mata mahu membeli menu yang ditawarkan.

BERITA TRENDING: "Jual Telur Mata Harga RM4.50?" - Netizen Terkejut Harga Makanan Peniaga Bazar Ramadan!

BERITA TRENDING: Masukkan Tisu Untuk Pekatkan Kuah? Netizen Terkejut Tahu Taktik Peniaga Bazar Ini - “Ini Betul Selangkah Ke…

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar