Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dituduh Tak Basuh Baju Anak Tiri, Izreen Azminda Sekolahkan Netizen; “Kenapa Begitu Benak?”

Shahrin Zulkifle 19/12/2022 | 04:00 MYT

Hanya kerana sehelai baju kotor, pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid ‘bertekak’ dengan seorang pengikut di Instagram.

Pada mulanya, Izreen memuat naik gambar pakaian anak tirinya yang sudah siap dikemas dan disusun rapi di dalam bagasi yang mana difahamkan pakaian itu akan dibawa ke rumah bekas isteri Ude, Intan Salleh.

Namun seorang netizen telah mempersoalkan tindakan Izreen apabila terdapat sehelai baju kotor yang tidak dibasuh sebaliknya diletakkan didalam plastik sebelum anak-anak itu dihantar kepada ibu mereka.

“Baju kotor tak cuci? Luang masa dengan ayah tapi baju kotor mak (Intan Salleh) dia kena cuci? Saya rasa tak adil,” kata individu tersebut.

Tidak mendiamkan diri, aktres berusia 37 tahun itu terpaksa menjelaskan secara terperinci mengenai pakaian kotor tersebut.

Kata Izreen baju kotor berkenaan adalah pakaian yang dipakai pada siang hari iaitu hari yang sama sebelum anak-anak itu dihantar pulang dan tidak sempat untuk dicuci. Sementara beberapa baju yang dipakai pada hari-hari lain sudahpun dicuci bersih.

“Kenapa ada yang begitu benak? Ini sahaja baju dalam plastik kecil untuk baju hari ni yang tak basuh,” katanya.

Sementara itu, suaminya Ude turut memberikan respon kepada isu yang dibangkitkan netizen itu dengan mengatakan individu tersebut seharusnya menggunakan akal sebaik mungkin sebelum berkata sesuatu.

“Otak ada tapi tak guna sebaiknya, itulah netizen zaman sekarang,” katanya ringkas.

Untuk info, Izreen dan Ude telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017.

Manakala Intan dan Ude pula telah bernikah pada 1 Mac 2013 sebelum disahkan bercerai pada 22 Mac 2018. Pasangan berkenaan bercerai selepas Izreen sah menjadi isteri Ude.

Hasil perkahwinan Intan dan Ude mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

#Izreen Azminda #Ude Wahid #Intan Salleh
;