Laman Utama

Dituduh Tak 'Move On' Bila Guna Foto Aidil Dalam 'Family Tree', Rita Rudaini Bahasakan Netizen - "Tak Akan Nak Letak Gambar Lelaki Hang!"

Zulaikha Yusof
14/04/2021
06:20 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Tak 'Move On' Bila Guna Foto Aidil Dalam 'Family Tree', Rita Rudaini Bahasakan Netizen - "Tak Akan Nak Letak Gambar Lelaki Hang!"
Gara-gara memuat naik foto carta keluarga atau family tree, pelakon Rita Rudaini, 46, dituduh dengan netizen masih tidak move on dengan bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 34.
Tidak mendiamkan diri, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar menegaskan kepada individu terbabit supaya berfikir secara waras sebelum meninggalkan komen.
"Tak akan family tree aku nak letak gambar lelaki hang? Tergila-gila kepala hotak hang! Nak komen biar cerdik sikit," tulisnya di ruangan komen.
Menerusi foto yang dikongsi di Instagram (IG), kelihatan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna sedang menyiapkan tugasan family tree yang diberi gurunya.
"Family tree lagi.. Mommy sebenarnya nak cetak gambar Hyun Bin ganti tempat daddy tapi mommy takut cikgu adik pengsan pula," tulisnya sebagai kapsyen.
Sebelum ini, ada pengikut bernama Dayang Najiha mendakwa pelakon filem Mami Jarum itu masih menaruh harapan terhadap Aidil walaupun sudah bercerai pada tahun 2013.
"Sis move on la. Si lelaki tu dah ada isteri dan anak dah. Hidup masing-masing la. Nampak sangat sis tergila-gilakan si lelaki. Kesian tengok sis. Masih menanti benda yang tak pasti," tulisnya.
Terdahulu, Rita berkahwin dengan Aidil pada 2008 namun bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang kini di bawah jagaan Rita.
Aidil seterusnya berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024