Hiburan

Diuji Selepas Berhijrah, Bella Dally Dapat Tawaran Pakai Wig

Kamaruddin Razal
31/01/2017
15:09 MYT
Sponsor Banner
Diuji Selepas Berhijrah, Bella Dally Dapat Tawaran Pakai Wig
Pelakon jelita, Bella Dally mendedahkan dirinya pernah diuji sewaktu awal kemuculannya mengenakan hijab.
"Semasa saya mula-mula menutup aurat, saya ada mendapat satu tawaran lakonan. Namun begitu, ada sesetengah babak memerlukan saya untuk menampakkan rambut.
"Pihak yang membuat tawaran itu tahu saya sudah berhijab, tetapi dia memberikan alternatif lain iaitu menyuruh saya mengenakan rambut palsu ketika diperlukan.
"Perkara itu masih salah dan tidak menepati landasan Islam. Saya membulatkan tekad dan menolak cara baik. Alhamdulillah, selepas hampir tiga tahun saya berhijab, Allah permudahkan jalan saya untuk terus menetapkan hati dalam menutup aurat," kata Bella kepada Astro Gempak.
Isteri kepada aktor Nazim Othman ini menjadikan Natasha Hudson sebagai seorang selebriti yang perlu dijadikan role model untuk wanita berhijab di luar sana.
"Saya sendiri memandang Natasha sebagai seorang role model. Kita sendiri boleh melihat perubahan yang dilakukan oleh Natasha.
"Selepas dia berhijab, kini Natasha pula berniqab. Dia juga menjadi lambang kepada wanita yang muslimah yang urban dan berpelajaran. Setiap entri di laman Instagram Natasha mempunyai pengajaran, nilai moral tersendiri dan mesej untuk disampaikan kepada pengikutnya" katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar