Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Diusik Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Daiyan Trisha Komen – “Tak Adalah, Kami Kawan Rapat Je”

Mya Amri 23/08/2021 | 13:10 MYT
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha menafikan dakwaan menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Aedy Ashraf.
Menurut Daiyan, dia dan Aedy hanyalah bersahabat baik dan sekadar rakan sesama industri.
“Saya rasa perkara itu agak lucu, ramai yang tahu bahawa saya dan Aedy adalah kawan baik. Hubungan rapat ini pun terjalin disebabkan kami berdua berlakon dalam drama yang sama iaitu Projek Anchor SPM.
“Saya memang ada nampak beberapa komen netizen mengenai perkara itu tetapi saya masih belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta yang baru.
“Jadi saya harap anda semua jangan salah faham… Untuk mencari pengganti itu, belum lagi buat masa ini,” jelas Daiyan ketika ditemubual secara maya di pelancaran single terbaharunya berjudul Penat, baru-baru ini.
Daiyan juga mengakui dia baru sahaja melalui fasa sedih dalam hidupnya selepas putus cinta kira-kira sebulan lalu.
Disebabkan perkara itu, perasaan sedih yang ada pada dirinya juga diterjemahkan dalam penghasilan lagu Penat.
BACA: “Bila Patah Hati, Segala Isi Dunia Perlahan-Lahan Terhenti” – Daiyan Trisha Penat
Sebelum ini tular di aplikasi TikTok mengenai satu video yang dimuat naik peminat pasangan Projek Anchor SPM ini di mana ia menunjukkan reaksi Aedy sewaktu ditanya peminat mengenai Daiyan dalam satu video secara langsung.
Menerusi video tersebut jelas kelihatan wajah Aedy agak kekok saat diajukan soalan berkenaan.
#Daiyan Trisha #Aedy Ashraf #Sahabat Baik #Rakan Baik #Tak Bercinta
;