Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Diwajibkan 'Puasa' Boba Selama 2 Minggu, Rakyat Singapura Sanggup Beratur Panjang Hingga…

Hanafis Haris 23/04/2020 | 08:45 MYT
Minuman bubble tea atau boba masih kekal menjadi rebutan pengguna biarpun ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jika di Malaysia premis menjual minuman itu masih di operasi, namun di Singapura lain pula kisahnya.

Sejak kelmarin, beberapa kedai yang menjual boba 'dibanjiri' dengan kehadiran orang ramai yang sanggup beratur panjang hingga di luar kawasan premis.

Semuanya selepas arahan dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura yang meminta supaya kedai jualan makanan ringan dan pencuci mulut seperti teh boba dan jus buah ditutup.

Difahamkan, penutupan berkenaan akan berlarutan sehingga dua minggu.

Menerusi Facebook, rata-rata penduduk Singapura berkongsi gambar suasana di kedai boba ketika hari terakhir premis itu beroperasi.

Ada yang beratur secara berhemah, namun tidak kurang juga yang berhimpit sesama sendiri.

Anda boleh lihat antara gambar yang dikongsi.

Sumber: Facebook, SCMP, The Straits Time

#COVID 19 #PKP #Boba Tea
;