Gaya Hidup

DIY Meja Bar Dengan Bajet Bawah RM150. Murah!

Zulaikha Yusof
09/07/2020
10:00 MYT
Sponsor Banner
DIY Meja Bar Dengan Bajet Bawah RM150. Murah!
Kaum isteri mesti menyimpan hasrat untuk membuat dekorasi mengikut citarasa yang diinginkan di kediaman tercinta. Lebih menyeronokkan apabila dapat berkongsi minat yang sama dengan suami.
Dari segi bajet yang ingin digunakan terpulang mengikut kemampuan masing-masing. Yang penting perlu kreatif dan komited untuk merealisasikan impian tersebut.
Seorang wanita yang bernama Atam Ayu berkongsi cara dia berjaya membuat sebuah meja bar di rumahnya setelah lama menyimpan hasrat.
Menurut Atam, bajet yang digunakan tidak melebihi RM150 dan ia sangat menjimatkan.
"Percaya tak kome kos kaunter meja bar maktam ni kos tak sampai pun RM150? Meh maktam kongsi.
"Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat meja bar ni kat rumah singgah maktam ni. Duk recce Ikea ok juga tapi Ikea jauh.
"Lepastu maktam takda pengangkutan pula nak bawa barang dia yang besar-besar tu," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dikongsikan di laman Facebook (FB) miliknya.
Tambah Atam, suaminya yang membantu menunaikan imaginasi yang berada dalam fikirannya.
"Jadi maktam buat la sendiri. Berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan.
"Biasalah isteri sentiasa jadi mandor," tulisnya lagi.
Di samping itu, Atam turut kongsikan senarai barang-barang yang digunakan beserta dengan harga.
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan hasil kerja pasangan suami isteri ini.
"@Sarah Ain Abdullah: Cantik, kreatif, yang penting jimat duit.
"@Dayang Nor Azizah: Terbaiklah!! Cantik.
"@Nadia Basar: Kreatif sugguh maktam banyk idea yer. Paktam pulak rajin.
"@Aidha Mohd: Serius kagum," antara komen pujian yang ditinggalkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar