Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Doa & Ikhtiar! PKRC Adakan Selawat Setiap Jumaat Bermula….

Gempak 10/06/2021 | 23:10 MYT

Semua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan mengadakan aktiviti 'PKRC Berselawat' pada 7 pagi bermula hari ini.

Memetik laporan Bernama, aktiviti itu akan diteruskan pada setiap Jumaat dalam minggu-minggu seterusnya.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), 'PKRC Berselawat' adalah salah satu ikhtiar dalam mendoakan kesejahteraan negara.

Selain itu, ia sudah tentu menyemarakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam kalangan petugas dan pesakit di PKRC.

"Program pengisian rohani ini juga diharap menyemarakkan semangat dan memberi kekuatan kepada petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat memerangi pandemik COVID-19," kata Nadma.

Orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi semua prosesur operasi standard (SOP) dan keluar rumah ketika perlu sahaja bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Selain itu, sentiasa utamakan kebersihan tangan dan diri, serta menjaga jarak fizikal ketika keluar rumah.

#Selawat #COVID-19 #Kuarantin #Jumaat #PKRC
;