Laman Utama
“Doakan Baik-Baik…”- Bekas Pengasuh Anak Siti Nurhaliza, Dayah Hamil
Bekas pengasuh kepada anak penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Dayah Zubit kini hamil dan sedang berada di trimester kedua.
Sama seperti kebanyakan ibu hamil lain, Dayah yang dikenali kerana pernah menjadi pengasuh Siti Aafiyah itu memberitahu dia mengalami fasa keletihan ketika di awal kehamilannya.
“Saya di trimester kedua. Doakan yang baik-baik.
“Sudah semestinya saya berhadapan dengan rasa letih-letih badan. Terutama masa trimester pertama rasa nak baring sahaja.
“Sekarang pun begitu tapi kuranglah sedikit,” katanya.
Dayah berkongsi perkara tersebut selepas menjawab beberapa soalan daripada pengikut Instagram (IG) miliknya di InstaStory dalam ‘Ask Me A Question’ yang dibuka semalam.
Terdahulu menerusi beberapa entri di IG Dayah kelihatan dia sudah memberi bayangan dirinya sedang hamil namun tidak menyatakannya secara langsung.
Dayah menjadi pengasuh Aafiyah sejak anak sulung penyanyi Aku Cinta Pada Mu itu kecil lagi dan menamatkan tugasnya selepas berkahwin.
Wanita berusia 25 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali pada 5 Januari lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!