Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Doakan Semuanya Dipermudah…” – Lagi Enam Minggu Nak Bersalin, Dr Halina Alami Trigger Finger

Mya Amri 22/10/2020 | 06:20 MYT
Isteri kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina berharap segala urusan bersalin anak kembarnya tidak lama lagi dipermudahkan Tuhan.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Dr Halina berkongsi berat anak dalam kandungannya kini sudah mencecah 3.0 kilogram (KG).
“Sekarang sudah masuk minggu ke 31, kembar masing-masing berat mencecah 1.5kg. Secara total 3.0 kg untuk kedua-duanya.
“Perkembangan itu bagus untuk mereka tetap tidak berapa baik untuk bahagian belakang dan pinggul saya.
“Masalah terbaharu saya kini adalah saya mengalami trigger finger. Hahaha, anak-anak lelaki saya menggelarkannya sebagai jari spiderman.
“Saya sudah berehat dari kerja, suami saya sangat-sangat membantu. Saya tidak tahu apa akan saya lakukan untuk mengharungi semua ini jika dia tiada di sisi.
“Lagi enam minggu dan kami akan bertemu dengan cahaya mata kami. Enam minggu lagi, kami akan menjadi ibu bapa kepada enam orang anak.
“InshaAllah, doakan segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga,” coretnya.

Yours truly.. almost 40 yrs ago... camera is definitely hasnt been very kind to me lately. So, major throwback it is ? Now at 31 weeks.. both twins reaching 1.5kg each. Thats 3.0kg for two... good for them but not really for my back and my hip joints.. latest on my problem list, I have trigger finger now! Hahaha... the boys called it "mommy's spiderman finger" !! Thats definitely a better way to look at it ? Im already away from work, supposedly to rest but then there's CMCO... hahahah.... my husband has been a great help. I dont know what would I do to get thru this without him.. 6 more weeks then we will meet our little bundle of joy.. 6 more weeks... we will be parents to 6 children. InshaAllah... pls keep us in your prayers.. x

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Halina sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba saat bersalin.
“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk doktor. Saya teruja macam saya pula nak beranak. Saya yang suri rumah ni pun dengan 3 anak rasa nak pengsan! Inikan pula doktor yang bekerja bakal menyambut kelahiran kembar lagi sekali,” tulis @amyra.syakira.
Terdahulu, Sheikh Muszaphar dan Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sekadar info, trigger finger adalah satu keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (´snap´) semasa diluruskan.
Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat. (myhealth.gov.my)
#Dr Halina
;