Berita

“Doktor Beritahu Ia Hanya…”- Dah Rasa Kontraksi, Tapi Isteri Saharul Diminta Pulang Ke Rumah

Syafiqah Jalal
12/06/2020
04:04 MYT
Sponsor Banner
“Doktor Beritahu Ia Hanya…”- Dah Rasa Kontraksi, Tapi Isteri Saharul Diminta Pulang Ke Rumah
Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan isterinya Qaabila Deena Emir yang berada di hospital selepas mula merasai kontraksi dinasihatkan pulang ke rumah terlebih dahulu.
Menurut Saharul, ini kerana doktor mengesahkan kontraksi yang dialami itu hanya tanda ‘false alarm’.
“Tadi dah jumpa dengan dokor tapi baby tak nak keluar lagi. Doktor beritahu kontraksi itu hanya lah ‘false alarm’.
“Jadi doktor minta isteri pulang ke rumah dahulu dan berehat serta memperbanyakkan senaman ringan,” katanya.
Saharul berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Menerusi video itu, dia dan isteri berada di dalam bilik sebuah hospital.
Pun begitu, isterinya yang hamil anak kedua itu diminta kembali ke hospital pada 15 Jun ini mengikut tarikh jangkaan bersalin.
"Doktor kata isteri perlu datang ke hospital balik pada 15 Jun ini.
“Doakan semuanya selamat dan berjalan lancar,” katanya lagi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang berusia dua tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar