Doktor Ini Kongsi 7 Cara Simple Bagi Anak Dengar Kata Tanpa Perlu Pukul Atau Menjerit
Kadang-kadang sebagai ibu dan bapa pasti akan ada perasaan susah hati sekiranya anak-anak tidak mahu mendengar kata.
Lagi-lagi yang jenis lagi dimarah lagi dia kuat melawan, sampai satu tahap ibu bapa mesti rasa sedikit stress.
Bagaimanapun jangan putus asa kerana seorang Pegawai Perubatan Padiatrik iaitu Dr Redza Zainol berkongsi tips atau oun ikhthiar buat ibu bapa untuk menegur anak-anak tanpa perlu memarahi atau pun menjerit pada mereka.
Berikut merupakan tujuh tips yang dikongsi Dr Redza:
1. Bercakap sambil pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita perku melutut atau duduk supaya separas dengan anak.
2. Peluk anak lapan kali sehari.
3. Gunakan ayat pendek dan ringkas.
4. Buat sesi one on one dengan setiap anak.
5. Bermain dengan anak-anak. Main pun kena foku, bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormon oxytocin akan buat kita jadi tenang dan bahagia.
6. Kurangkan berkata ‘jangan.’ Contoh yang baik adalah “adik kat dapur kena jalan perlahan.”
7. Cakap terima kasih pada anak. Contoh baik, “terima kasih tolong papa sangkut tuala baik-baik,” manakala contoh tak baik pula, “Dah mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula!”
Dalam pada itu, Dr Redza juga memaklumkan sekiranya melakukan tujuh tips di atas, hubungan ibu bapa bersama anak juga akan menjadi lebih erat.
Semoga perkongsian tips ini berguna buat anda semua.