Berita

"Doktor Suruh Makan Durian Banyak-Banyak...Bantu Proses Kontraksi" - Dynas Mokhtar

Asraf Aided
17/05/2019
05:13 MYT
Sponsor Banner
"Doktor Suruh Makan Durian Banyak-Banyak...Bantu Proses Kontraksi" - Dynas Mokhtar
Pelakon Dynas Mokhtar dinasihati doktor untuk memakan durian dengan banyak bagi memudahkan proses kontraksi di minggu ke-40 kehamilannya.
Perkara itu dikongsi Dynas menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"My doctor ask me to go eat durian banyak-banyak because it helps with the contraction bila dah 40 weeks.
"So apa lagi tunggu? Belasah lah!" tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respon dan mendoakan Dyas agar dipermudahkan urusannya untuk bersalin.
Dynas mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Syazrik Din pada 21 April tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar