“Don’t Be Stupid And Selfish!” – Michael Ang ‘Naik Hantu’ Dengan Produksi Yang Masih Menjalankan Penggambaran
Penerbit dan pengarah popular Michael Ang berang apabila masih terdapat produksi yang menjalankan penggambaran walaupun kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Michael meluahkan kemarahan tersebut beberapa hari lalu di laman sosial Instagram (IG)nya dan kenyataannya mendapat sokongan ramai selebriti tempatan seperti Fazura, Neelofa, Dira Abu Zahar, Elvina Mohamad dan Vicha.
Menerusi video tersebut Michael berkata, syarikat produksi yang mengingkari PKP dengan meneruskan penggambaran adalah mementingkan diri dan bodoh.
“Salam semua. Susah sangat ke nak ikut cakap kerajaan atau nak kerajaan buat pulak kawalan dan kerah semua tentera jaga kau orang?
“Production yang masih shooting stop aje la. Dah la sekali shoot ada 30 lebih orang akan berada kat satu tempat. Satu aje kena...habis.
“Sendiri buat la kira-kira ya! Jangan sebab kerugian wang ringgit bertukar ke kerugian nyawa! Don’t be stupid n selfish! Luv u all and stay safe,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, pelakon dan penyanyi Nur Fazura menyokong pandangan Michael dan tidak faham kenapa sesetengah syarikat produksi masih berdegil.
“Tak faham kenapa ada masih shooting?! Ya Allah!,” tulisnya kesal.
Pelakon dan pengacara Neelofa turut meninggalkan komen dan memberikan pandangan kepada topik diangkat Michael.
“Bangga dengan yang hentikan shoot tapi malu dengan production yang masih teruskan. Setakat ni je ke pemikiran org industri kita?,” katanya meninggalkan tanda tanya.
Terdahulu penyanyi rock lagenda tanah air, Amy Search mengamuk apabila mengetahui anaknya pelakon Nabila Huda masih bekerja dan sedang menjalani penggambaran.
Amy telah meninggalkan komen pada posting Nabila dan menyuruh anaknya segera pulang dan mendakwa syarikat produksi melanggar PKP.