Hiburan

"Dr. Halina Dalam Pantang, Dah Boleh Pakai Seluar Jeans?" - Netizen Risau, Ini Jawapan Dr. Sheikh Muszaphar

Amri Hassan
16/12/2020
06:50 MYT
Sponsor Banner
"Dr. Halina Dalam Pantang, Dah Boleh Pakai Seluar Jeans?" - Netizen Risau, Ini Jawapan Dr. Sheikh Muszaphar
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tampil menjawab pertanyaan netizen yang risaukan keadaan isterinya, Dr. Halina yang sudah menyarung seluar jeans biarpun masih dalam pantang.
Jelas Sheikh Muszaphar, isterinya sudah pulih sepenuhnya malah telah melakukan pelbagai kerja rumah lain termasuk mengemas rumah.
"Dr. Halina dalam pantang... dah boleh pakai seluar jeans. Tak sakit ke Dr?" soal salah seorang pengguna.
"Dia telah sembuh sepenuhnya. Malah sudah mengemas rumah," jawab Sheikh Muszaphar.
Soalan itu diajukan netizen dalam ruangan komen sekeping foto keluarga yang dirakamkan sempena sesi fotografi si kembar baru-baru ini.
Dalam gambar berkenaan, Dr. Halina sekeluarga kelihatan memakai sepasang seluar jeans biru dan berbaju putih.
Sheikh Muszaphar, 48, dan Dr. Halina, 39, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9, Sophea Natasha, 7, anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 tahun serta sepasang kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang dilahirkan pada 20 November lalu.
Foto: IG @drsheikhmuszaphar
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar