Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dr Muhammad Radzi Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Baharu

Awani 25/04/2023 | 11:30 MYT
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuatkuasa 21 April lalu.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Dr Muhammad Radzi berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara.
“Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah; Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.
"Dr Muhammad Radzi juga pernah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi serta menjadi Pengerusi Pentauliahan bidang kepakaran ini dari tahun 2013 hingga 2021.
"Saya yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti Dr Radzi mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama saya dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dklaksanakan secara menyeluruh," katanya pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, ini selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia Madani dapat terus menikmati perkhidmatan Kesihatan yang komprehensif, berkualiti serta mampan.
Untuk info, perlantikan Dr Muhammad Radzi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) adalah menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.
AWANI
#Kesihatan #Ketua Pengarah Kesihatan #Datuk Dr Muhammad Radzi #Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan
;