Viral
Dr Say Shazril Dedah Pendapatan ‘Influencer’ Untuk Sebulan - “It’s Not Just About Followers…”
Perkongsian pempengaruh dan model muslimah, Dahlia Rizal yang berjaya memiliki sebuah kereta mewah menarik perhatian netizen yang ingin mengetahui berapa jumlah bayaran yang diperolehi seorang influencer.
Berkongsi mengenai itu, pempengaruh media sosial yang juga pengamal perubatan, Dr. Say Shazril mendedahkan pendapatan yang diperolehi influencer untuk sebulan.
“Baru-baru ini Dahlia angkut Mercs, jadi ada yang curious akan kemampuannya. First and foremost, Dahlia Rizal ini bukannya baru famous, IG dia ada 779,000 pengikut. Kiranya dia dah lama bertapak dalam dunia influencing ini.
“Okay on average, pendapatan seorang influencer ini adalah dari RM3,000 hingga RM100,00 sebulan. Sebab aopa besar range nya? Sebab influencer ini ada banyak peringkat.
“Nano influencers bila pengikut dia bawah 1,000, micro influencer pengikut 1,000 ke 100,000. Macro influencer kat mana saya berada 100,000 hingga 1 juta. Mega influencer pengikutnya 1 juta ke atas,” kongsinya.
Bagaimanapun Dr Say berkata bayaran seorang influencer juga bukan sahaja terletak kepada jumlah pengikut namun ia juga dilihat menerusi ‘engagement’ di media sosial.
BERITA TRENDING: Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!
“Ia bukan hanya sebab pengikut, sebab pengikut sekarang boleh dibeli. Apa yang kebanyakkan client dan agensi nak tengok sekarang, satu… ya bilangan pengikut, kedua adalah engagement.
“Engagement ini senang kata macam mana interactive pengikut anda. Jadi kalau influencer ini charge 1 video RM5,000 memang idok la agensi atau client nak bayar.
“Berbalik kisah Dahlia, video-video dia semua beratus ribu tontonan, beribu tanda suka, komen pun banyak. Jadi dekat situ kita boleh dapat tahu engagement dia tinggi. Pula itu pengikut dia tinggi.
“Bila dua ini bersatu, maka keluarlah sebiji Mercedez. Lepas itu mesti semua ingat ‘bestnya jadi influencer ini tak nak jawab kertas sejarah la’. Kehidupan sebagai influencer atau content creator ini tak senang dik.
“Dalam kepala ini constant mikir ‘content apa aku nak post hari ini. Supaya engagement kekal tinggi, supaya bila orang explore akaun aku masih keluar’. Kalau lama tak post, orang itu somehow akan hilang dari feed kita,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Say juga sempat menitipkan pesanan agar golongan belia teruskan pembelajaran dan lakukan yang terbaik untuk Pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
@say_shazril0 Ada follower sy curious jadi sy jawab persoalannya. Sy quit kerja gomen 2018 to be full time influencer jadi untuk 6 tahun ni pelbagai asam garam dah sy rasai. Apa yg ampa nampak hanyalah the tip of the iceberg tapi iceberg yg dalam ayaq tu hanya influencers je tahu kesusahannya. @dshazall mintak tumpang awak sebagai contoh ye?♬ original sound - say_shazril
Must-Watch Video