Laman Utama

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Sokong Anugerah Nasyid 2020 - "Nasyid Cabang Kesenian Islam & Instrumen Dakwah..."

Fiza Kamarudin
10/12/2020
11:00 MYT
Sponsor Banner
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Sokong Anugerah Nasyid 2020 - "Nasyid Cabang Kesenian Islam & Instrumen Dakwah..."
Buat julung kalinya, Anugerah Nasyid Malaysia atau ringkasnya ANAM 2020 anjuran MUNSYID Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bakal diadakan.
ANAM 2020 bakal mempertandingkan 11 kategori, dengan enam kategori yang dinilai oleh juri profesional, tiga kategori dinilai melalui undian peminat dan dua kategori anugerah khas juri.
Terdapat juga satu kategori yang melibatkan artis nasyid dari Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri, bersyukur impian untuk melihat industri nasyid kembali bangkit seperti pada awal kemunculannya.
“Saya melihat nasyid sebagai satu cabang kesenian Islam yang bukan sahaja menawarkan hiburan yang sihat dan mendidik kepada masyarakat tetapi juga berperanan sebagai salah satu instrumen dakwah yang berkesan khususnya bagi generasi muda hari ini.
“Melalui penganjuran ANAM 2020, ia akan menggalakkan penghasilan karya-karya nasyid berkualiti secara berterusan sekaligus menghidangkan masyarakat dengan hiburan yang mendidik jiwa.
"Mesej-mesej positif dan nilai-nilai murni yang dibawa melalui lagu-lagu nasyid juga diharap dapat membentuk masyarakat Malaysia dan dunia yang bersatu padu dan sayang-menyayangi antara satu sama lain,” katanya. ANAM 2020 adalah salah satu langkah awal ke arah penganjuran Festival Nasyid Antarabangsa Malaysia pada tahun 2021, sejajar dengan status Malaysia sebagai “The Home of Contemporary Nasyeed” di persada dunia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah pula menyatakan, industri nasyid Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan di pentas dunia sejak awal kemunculannya walaupun kurang diberi perhatian sebelum ini.
“Artis-artis nasyid kita telah diundang membuat persembahan merentasi pelbagai benua malah ada yang tersenarai dalam 500 Muslim berpengaruh di dunia.
“Jadi sudah tiba masanya untuk kita membangunkan potensi yang ada pada industri nasyid Malaysia supaya ianya bukan sahaja mampu mengharumkan nama negara.
"Nasyid juga mampu membawa impak ekonomi dalam jangka panjang, melalui pelbagai sektor hiliran melibatkan industri pelancongan, industri halal dan industri muzik itu sendiri.
“Penganjuran Anugerah Nasyid Malaysia 2020 merupakan satu langkah penting dalam merealisasikannya di masa hadapan,” katanya.
ANAM 2020 bakal disiarkan secara langsung di TV1 RTM pada 27 Disember 2020 pukul 9.00 malam.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar