Laman Utama
DSV Jawab Isu #BenderaPutih, Minta Tak Dibandingkan Dengan Ebit Lew - "Dia, Dia.. Aku, Aku!"
Kelantangan usahawan kosmetik dan penyanyi Datuk Seri Vida bersuara tentang kempen #BenderaPutih baru-baru ini mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada netizen.
BACA: Jangan Guna Alasan PKP, DSV Nasihat Golongan Yang Terjejas Pendapatan - "Usaha, Jangan Malas!"
Rata-ratanya menyelar tindakan Vida sekali gus menyifatkan ia kenyataan yang tidak sensitif dan mementingkan diri ketika rakyat sedang bergelut dengan pelbagai masalah ketika pandemik ini.
Tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataan yang tular daripada video TikTok akaun peribadinya, kata Vida dia sebenarnya mahu menyuntik semangat kepada orang ramai untuk berusaha mengubah diri.
"Saya pernah tinggal duit 50 sen, jadi saya mulakan beli sabun, pinjam duit kawan. Itu dulu ketika waktu susah.
"Tentang #BenderaPutih, saya memang menyokong tapi dalam isu ini bukan semua orang sanggup letak bendera putih depan rumah semata-mata nak dapatkan bantuan.
"Ada yang malu dengan jiran, kalau letak nanti kena kutuk.. Ada juga takut anak-anak marah nanti jatuh air muka. Walhal mak di rumah tak ada duit nak makan," katanya menerusi sesi siaran langsung di Instagramnya pada Selasa.
Turun sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, Vida sendiri akui dia melihat pelbagai senario semasa rakyat di sekitarnya.
Nasihatnya kepada netizen agar bertenang dan menilai kenyataannya daripada sudut positif.
"Kepada netizen... bertenang. cool down. Siapa rasa nak kutuk, kena mulakan berubah dulu, move on! Mulakan impian dan apa kita nak, ini tak.. lagi banyak negatif daripada positif.
"Semua orang tak nak hadam apa saya nak cakap, apa kata tengok daripada sudut yang positif.
"Sama juga kalau angkat bendera putih pun, bukannya bantuan terus sampai dalam tempoh 5 minit. Kalau banyak alasan macam mana nak kaya?" pesannya.
Vida juga meminta agar dirinya tidak dibanding-bandingkan dengan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.
"Saya bukan Ebit Lew, aku dari susah sekarang senang. Dia dia aku aku.
"Aku tak ditakdirkan untuk jadi macam dia. Aku adalah DSV yang mula dari susah sekarang senang, berhat usaha, ikhtiar, tawakkal dan berdoa.
"Tidak sama-sama diciptakan. Kalau semua diciptakan sama maka tiadalah orang sesak tiadalah orang kaya," tambahnya.