Laman Utama
DSV Tak Sabar Beli Perak FC, Netizen Sokong Cuma.. “Satu Kami Pinta, Janganlah Jersi Home Warna Pink”
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) telah ‘dirisik’ oleh Perak FC untuk menjadi pemilik kelab Liga Super itu yang kini berdepan masalah kewangan.
Menerusi laman sosial Instagram, DSV berkongsi sebuah video pertemuan empat mata dengan pihak pengurusan kelab tersebut untuk membincangkan hal-hal berkaitan pemilikan.
Tidak hanya video, DSV turut memuat naik beberapa keping foto di hadapan Stadium Perak di Ipoh.
“Patutkah saya buat langkah baru? Apa komen sayang semua?” tulisnya di ruangan kapsyen foto.
Malah di dalam perkongsian video, DSV turut meletakkan tanda pagar #thebosgaurus #ipohperak.
Sementara itu di ruangan komen, ramai penyokong Perak menyambut baik kehadiran DSV sebagai pemilik terbaru.
Ada wargamaya yang berpesan agar DSV tidak menukar warna rasmi negeri Perak iaitu kuning, putih dan hitam kepada warna merah jambu seperti yang dilakukan pada pasukan Kelantan.
“Ambik je datuk. Tapi satu kami pinta, jangan la home jersey warna pink,” luah seorang wargamaya.
“Boleh tapi kena cari geng-geng yang betul pandai bab bola ni untuk build balik Perak. Then jangan politik, tu je,” pesan seorang wargamaya.
“Terbaik datuk, kami sokong. Tapi tolong jangan gajikan orang politik,” kata seorang wargamaya.
“Sokong sangat DSV jadi pemilik pasukan. Kami akan pastikan datuk akan dapat return investment datuk. Perak akan menjadi pasukan digeruni di Malaysia,” sokong seorang wargamaya.
“DSV buat la apa pun asalkan Perak FC tak terkubur. Tapi tolong jangan badutkan bola sepak Perak. Kami sokong penuh DSV ambil alih,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih hampir 250,000 tontonan daripada warga Instagram.
Terdahulu, DSV pernah menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan pada tahun 2016 dan 2017.
Dia kemudiannya bertindak menukar wajah Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu kepada warna merah jambu, selain turut memperkenalkan jersi warna pink kepada pasukan.