Laman Utama

Dua Bulan Bersalin Dah Jogging Bawa Anak, Peminat Puji Semangat Elisya Sandha - “Comel Mummy Dengan Baby”

Azwa Rahman
05/09/2022
10:18 MYT
Sponsor Banner
Dua Bulan Bersalin Dah Jogging Bawa Anak, Peminat Puji Semangat Elisya Sandha - “Comel Mummy Dengan Baby”
Pelakon jelita Elisya Sandha mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.
Menerusi platform TikTok, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23, berkongsi video aktiviti tersebut untuk tatapan umum.
Me and my Bunga,” tulis adik kepada Fasha Sanda itu di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian berdurasi hampir 20 saat itu menunjukkan Elisya berlari sambil menyorong kereta sorong anaknya di kawasan perumahan dan melakukan aktiviti senaman di sisi Bunga yang sedang nyenyak tidur.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Bunga yang lena tidur walaupun ibunya membawanya keluar berjalan.
@elisyasandhaaa Me and my Bunga ❤️ #fyp #bungaelhaq ♬ Tiba-Tiba Speed Up - liriklaguツ
Dalam pada itu, ada yang turut memuji kekuatan Elisya yang aktif bersenam walaupun baru dua bulan melahirkan Bunga secara pembedahan.
Sekadar info, Elisya melahirkan Bunga pada 18 Jun 2022.
“@Mama Dhiya&Amsyar :Sama sis.. anak tak boleh tinggal. Jogging sorong stroller sekali.”
“@Nisak Ghaffar:Laratnya dia, rasanya dia baru 2 bulan lepas bersalin jogging. Tapi jogging bape langkah je kut tu. Saya pun dah 3 bulan kaki lembik cam nak terjatuh tak kuat.”
“@Nurfazila Illa Sutan:Sis.. beli jogger stroller sesuai untuk bawa anak pegi jogging. Tayar dia tayar angin. Tak ada la baby rasa gegaran bila berlari.”
“@Miss Mila:baru 2 bulan lebih dah jogging. Saya baby dah 9 bulan masih syok ternak lemak lagi.”
“@Lela Varvatos:Kesihatan perlu jugak jaga.. Tahniah.. Comel baby dengan mummy dia.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1.4 juta tontonan oleh warga TikTok.
Imbas kembali, Elisya berkahwin dengan anak penerbit terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Ogos 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar