Berita

Dua Bulan Didignos Hidap Kanser Paru Paru Tahap 4, Sanjay Dutt: "Saya Telah Berjaya Menewaskannya"

Gempak ID
22/10/2020
07:50 MYT
Sponsor Banner
Dua Bulan Didignos Hidap Kanser Paru Paru Tahap 4, Sanjay Dutt: "Saya Telah Berjaya Menewaskannya"
Superstar Bollywood, Sanjay Dutt mendakwa dirinya kini bebas dari penyakit kanser paru paru yang dihidapinya.
Padahal, sekitar bulan ini aktor itu baru sahaja mengaku dirinya menderita kanser paru paru tahap 4 yang berjaya didignos para doktor pada Ogos lalu.
Dutt menyampaikan khabar bahagia itu semalam, sebagai hadiah ulang tahun terhebat buat anaknya yang merupakan sepasang kembar Idra dan Sharaan.
"Beberapa minggu lalu adalah sangat sukar buat saya dan keluarga. Namun seperti banyak kata orang, Tuhan akan memberi perjuangan yang sangat sukar kepada 'tentera' yang kuat.
"Dan di hari ini, hari ulang tahun anak saya, saya telah berjaya menewaskan kanser dan menjadikan ia sebagai hadiah ulang tahun paling bermakna buatnya iaitu kesihatan buat keluarga," tulisnya dalam keterangan yang dimuat naik di platform media sosial Instagram dan Twitter miliknya.
Bersama nota itu, Dutt juga mengucapkan terima kasih kepada doktor dan para jururawat yang telah menjaganya sepanjang dimasukkan ke Hospital Kokilaben selama beberapa minggu.
Pengumuman dirinya telah berjaya mengalahkan kanser itu dibuat setelah doktor memberi pengesahan bahawa penyakit tersebut tidak lagi berada dalam tubuhnya.
Menurut laporan The Hindustan Times, hal itu disahkan oleh wakil aktor tersebut.
"Beberapa bulan lalu doktor mengesahkan Dutt mempunyai kanser paru paru. Sejak itu dia telah menjalani banyak rawatan dan rutin melakukan semua nasihat doktor.
"Setelah melalui beberapa siri rawatan intensif,doktor memberi khabar baik, dirinya positif bebas kanser," kata wakil Dutt.
Instagram: @duttsanjay
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar