Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Dua Cedera Selepas Kereta Dinaiki Tiba-Tiba ‘Ditelan’ Ke Dalam Tanah

Gempak 29/08/2024 | 09:55 MYT
Dua orang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terjerlus ke dalam lubang benam di Seoul pada Khamis.
Menurut laporan media tempatan, lubang benam itu muncul di tengah jalan di daerah Seodaemun, barat Seoul.
Akhbar Korea Herald melaporkan bahawa kereta itu, yang membawa dua orang di dalamnya terbalik ke tepi dan merempuh lubang benam.
Seorang wanita berusia 70-an dan seorang lelaki berusia 80-an cedera dan dihantar ke hospital, kata laporan itu.
Lubang benam itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Malah, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan punca lubang benam itu.
Menurut Korea JoongAng Daily, responden pertama telah menyekat akses ke tapak tersebut.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Malaysia digemparkan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India membabitkan seorang mangsa yang dilaporkan masih hilang selepas terjatuh dan tertimbus dalam insiden berlaku sekitar jam 8 pagi.
Mangsa merupakan seorang wanita warga India, Vijayaletchumi, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan mangsa memasuki hari keenam dengan pasukan penyelamat telah memperluas operasi pencarian ke enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar dan Bulatan Kinabalu.
Sumber: CNA
#Cedera #Kereta #Lubang #jerlus #Sinkhole #Benam #Terbenam
;