Berita
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berlaku.
Menurutnya, laporan awal memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat.
"Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Berita lanjut menyusul