Laman Utama

Dua Jam Terbang, Pesawat Patah Balik Kerana Penumpang Cirit-Birit

Maliah Surip
07/09/2023
06:41 MYT
Sponsor Banner
Dua Jam Terbang, Pesawat Patah Balik Kerana Penumpang Cirit-Birit
Sebuah penerbangan yang dalam perjalanan dari Atlanta menuju Barcelona terpaksa berpatah balik kerana seorang penumpang.
Penumpang yang tidak dinamakan tersebut mengalami masalah cirit birit teruk sehingga memaksa pesawat Delta Airlines yang sudah terbang selama dua jam perlu berpatah balik.
Penerbangan Atlanta menuju Barcelona memakan masa lapan jam.
“Ada penumpang yang mengalami cirit birit sepanjang penerbangan dan kita akan kembali ke Atlanta,” umum juruterbang seperti rakaman yang terdapat kepada laporan yang diberikan kepada penjaga trafik udara, lapor Insider.
Menurut laporan sama, pesawat tersebut bagaimanapun tidak boleh segera melanjutkan penerbangan selepas menurunkan penumbang tersebut kerana perlu membersihkan kotoran yang telah ‘tertinggal’.
Semua penumpang hanya sampai ke Barcelona sehari lewat daripada jadual direncanakan kerana pesawat tersebut telah ‘berehat’ selama lapan jam sebelum meneruskan penerbangan.
Meski perlu menunggu sangat lama untuk kembali terbang, ada penumpang lega kerana sempat ‘sengsara’ dengan bau yang sangat busuk selepas ada kotoran yang tertinggal dalam pesawat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar